Terbit & Jual Konten Digital

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini bukan sales page sebab ini bukan jualan, ia PERCUMA sahaja.
Saya buka kelas 2 jam untuk terangkan mengenai konten digital khusus kepada penulis, trainer atau mereka yang mahu berkongsi ilmu secara online.
Sebab ramai bertanya, "Azree, bila lagi nak buat kelas ebook?"
Sudah lebih 5 tahun saya tinggalkan industri ebook.
Bukan tinggalkan kosong, saya lebih suka kita melihat gambar yang lebih besar daripada ebook iaitu konten digital.
Sebab bukan semua orang rajin nak menulis siapkan manuskrip. (Sayalah salah seorang haha)
Jadi baik kita buat benda yang boleh kita terus mula.
Ada orang kepakaran dia bercakap, jadi dia boleh rakam video mengajar.
Ada orang kepakaran dia bercerita, mungkin dia boleh rakam audio sahaja.
KENAPA PERCUMA
Saya cemburu bila tengok rakan-rakan rapat saya yang lain menyumbang wang ringgit dan tenaga sepanjang tempoh PKP. Saya sama seperti usahawan lain, juga terkesan dengan perintah PKP, jadi inilah cara saya menyumbang untuk masyarakat dan negara.
Saya usahakan kelas ini sebagai salah satu usaha meringankan beban mereka yang bekerja sendiri atau yang terkesan dengan arahan Lockdown baru ini.
Keluarga saya sendiri ditimpa musibah COVID-19 baru-baru ini.
Jadi kerisauan saya adalah apabila ilmu yang kita ada tetapi tidak sempat disampaikan kepada orang lain.
Semoga dengan kelas ini, mohon peserta doakan kesihatan saya dan keluarga.
PERJALANAN KELAS
Kelas ini berlangsung selama 2 jam.
10 Ogos (Selasa)
8:30 malam
KOMITMEN
Jika daftar, mohon hadirkan diri.
Limit Zoom saya terhad kepada 500 peserta sahaja.
Sekiranya yakin available pada tarikh itu, daftarlah.
Rakaman kuliah tidak percuma.