Akaun kelas.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DOJO+ Oktober: Lirik
Kali terakhir kami menganjurkan bengkel menulis lirik adalah pada tahun 2018.

Impian kami hanya satu, mahu memandaikan bangsa kita supaya pada masa akan datang, lagu-lagu yang berkumandang di radio atau yang viral di online mempunyai lirik yang berkualiti.

Lirik yang berkualiti memastikan lagu itu kekal evergreen sepanjang zaman.

Ini merupakan rakaman kuliah yang telah berlangsung pada 2021. 

Pada 2021 kami telah menganjurkan kuliah online penulisan lirik selama 4 hari.

Jadi ada 4 video yang berdurasi 2 jam setiap satu video yang anda boleh ulang tonton bila-bila masa sahaja.

Siapa Pengajar

"Cindailah mana, tidak berkias...."

Pernah dengar lagu dendangan Siti Nurhaliza yang dikatakan lagu berhantu dan evergreen sehingga hari ini.

Penulis liriknya ialah Hairul Anuar Harun.

Anda boleh belajar melalui rakaman kuliah dengan tuan Hairul Anuar Harun yang sudah menulis lebih 200 lirik dalam pelbagai genre.

Antara lagu yang beliau tulis adalah Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hati Kama (duet Datuk Seri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) dan Yayadan (Datuk Sharifah Aini).

Beliau turut menulis lagu untuk penyanyi seperti Rahmat (Ekamatra), Jamal Abdillah, Ameng (Spring), dan ramai lagi.

Yuran Kebijaksanaan

Harga bagi mendapatkan rakaman kuliah ini adalah RM40 sahaja.

Isi borang di bawah untuk mendapatkannya.