Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya sering diajukan pertanyaan berkenaan swaterbit. Malah, kerap juga mendapat aduan daripada para penulis swaterbit yang berasa serik apabila ada dalam kalangan mereka yang tersilap menyusun pelan tindakan dalam mengurus karya untuk diterbitkan.
Bagaimana mengelakkan hal ini terjadi?
Ambil tahu senarai semak untuk terbit buku sendiri agar dapat menjadi panduan atau manual awal kepada kita.
Dalam e-buku ini, saya kongsikan langkah demi langkah agar kita dapat menerbitkan buku kita dalam keadaan terkawal dan penuh sedar bahawa buku kita nanti bukanlah sebuah naskhah asal siap.